Saturday 30 June 2012

Najib Bersendirian. Kita Tidak Membantu

Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak dibantu oleh kita yang sepatutnya sokong beliau.

Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tak percaya? Cuba buka blog-blog penyokong kerajaan; kumpulan-kumpulan yang ada; video yang dihantar ke youtube; berita-berita di akhbar; saluran-saluran tv. Apa peranan kita?

Kita cuma buat isu yang buat masyarakat 'benci individu tertentu, benci parti tertentu' tetapi tidak kepada 'iyalah kerajaan sekarang ini bagus'.

Benci individu tertentu, benci parti tertentu pula juga boleh jadi kepada anggota serta parti dalam komponen Barisan Nasional itu sendiri. Bukan hanya kepada pembangkang. Senang cakap - kerja kita ini (mungkin aku juga termasuk dalam aktiviti ini) hanya untuk puaskan hati sendiri. Bukan betul-betul tolong kekalkan kerajaan.

Sekadar beberapa contoh:

Blog - berapa artikel yang boleh rakyat celik IT baca; boleh jadikan rakyat fikir 'memang bagus usaha kerajaan yang ada sekarang'?

TIBAI atau Bangkang Dari Longkang - Hanya hentam, kutuk, kondem. Bukan bantu tunjuk kepada masyarakat kebajikan kerajaan.

Kuasa Ketiga? - Adakah mereka bantu sedarkan masyarakat tentang usaha kerajaan atau mereka tonjolkan diri mereka sendiri lebih baik dari orang lain?

Parti komponen Barisan Nasional - hmmm aku belum nampak apa-apa yang boleh pujuk masyarakat fikir 'Bagus. Memang kena undi Barisan Nasional bila pilihanraya nanti'.

Sekadar hiasan


Adakah cara kita betul?


2 comments:

  1. Kita cuma buat isu yang buat masyarakat 'benci individu tertentu, benci parti tertentu' tetapi tidak kepada 'iyalah kerajaan sekarang ini bagus'.

    aik, macam mengaku pulak... buat isu = menipu rakyat.

    ReplyDelete
  2. Anon,
    terima kasih. Bacalah keseluruhan artikel ini. Jika tidakpun, ada saya huraikan pada perenggan ke empat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...