Friday 3 August 2012

Budaya Hulur Menular Kepada Kakitangan JPN?

Nampaknya Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Nor seorang sahaja yang bekerja di JPN. Hanya beliau yang berkata bahawa JPN memandang serius masalah atau perkara membabitkan perkhidmatannya bagi memastikan orang awam sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik. Itu kenyataan yang dibuat hampir dua tahun lalu. Lihat sini

Seorang mangsa, Siti Salbiah Kasmori, 45 mengetahui status dirinya sudah mati pada 2001 sewaktu memohon MyKad baru sedangkan kesilapan dilakukan pihak JPN pada 16 April 1995. Sehubungan itu, aduan dibuat kepada JPN pada 2001, 2006 dan 2008 - namun belum juga selesai.

Tetapi masalah ini boleh pula selesai dalam waktu yang singkat setelah dirujuk kepada Jainisah Mohd Nor. Pengesahan serta pengaktifan rekod mangsa telah dilakukan pada 24 Julai baru-baru ini. Berita penuh baca di sini

Masalah mangsa bernama Siti Salbiah Kasmori selesai. Terima kasih.

Bagaimana dengan pencetus masalah? Biarkan sajakah? Mungkin kurang latihan atau kursus diberi kepada kakitangan JPN.

Lihat beberapa rentetan masalah yang dilapor (yang tidak dilapor kita sendiri tak tahu). Antaranya ‘Warga emas terhalang tunai baucar BR1M’ pada 24 April 2012; ‘Saya rakyat Malaysia’ pada 13 April 2012; saudara kita yang ‘Terasing di bumi sendiri’ pada 8 Disember 2011; Tak dapat naik pelamin pada 24 November 2010 seterusnya Kecewa lagi yang dilapor selepas 3 hari kemudian.

Bila terjadi kes seumpamanya lagi bagaimana? Benarkah KPI dijalankan terhadap kakitangan? Sikap segelintir kakitangan JPN tidak seperti yang disuarakan oleh Pegawai Perhubungan Awamnya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...