Wednesday 26 September 2012

Beli 50 Percuma 1


Kita selalu baca dan lihat promosi makanan, barangan elektrik serta syarikat besar seperti bank yang buat promosi 'beli 1 percuma 1' atau 'beli 2 percuma 1'.

Biasanya untuk harga yang lebih mahal contohnya rumah/hartanah - ada perjanjian di mana pemaju tawarkan beberapa unit bangunan kepada pemilik tanah sebagai sebahagian dari proses serta syarat jual beli.

Sebab itu kadangkala bila kita melintasi sesuatu projek perumahan biasanya; kita dapat lihat sebuah dua rumah yang bentuknya terlebih eksklusif berbanding sekitarnya walau dalam kelompok atau deretan yang sama.


Mungkinkah kerajaan Selangor atau Khalid Ibrahim juga punyai perjanjian sebegitu sewaktu beli 50 lori sampah kompaktor dari China? Semalam Sel13.com paparkan berita ini.

Oleh kerana ini melibatkan kredibiliti seorang Menteri Besar serta sebuah kerajaan negeri, perlu pencerahan dari Khalid atau mungkin SPRM boleh tolong yakinkan kami semua...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...