Wednesday 12 September 2012

Bila Pakatan Memerintah


Ketawa besar nampak...

Bagaimana agaknya keadaan kita di Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan?

Lihat sahaja Selangor sebagai contoh. Soalan ini berlegar selepas Menteri Besarnya, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa manifesto Pakatan yang dibentang pada PRU 2008 bukanlah janji. Kesannya - rakyat Selangor ambil tindakan undang-undang. Banyak lagi manifesto yang tak tertunai dan jika ianya bukan janji, akan banyaklah tindakan undang-undang yang akan dibuat oleh rakyat.

Takkanlah bila Pakatan memerintah Malaysia, rakyat kena ambil tindakan undang-undang hanya disebabkan manifesto tidak ditunaikan? Tidak ada kerja lainlah kita sebagai rakyat waktu itu.

Tapi pemimpin boleh 'spin', tak percaya baca sini yang akhirnya mereka dan akan tukar kenyataan menjadi Pandangan Peribadi sahaja.

Janji pun tak boleh ditepati. Apatah lagi bila pemimpin tertinggi yang berjanji. Antaranya Janji Palsu Anwar - Kg Buah Pala. Belum yang lain-lain.

Dan janji-janji serupa juga ditabur di sini. Itu janji, bukan manifesto. Jadi apa sangatlah dengan manifesto.


Ada gaya pemimpin demokrasi atau pemimpin diktator? Boleh berbinkan sama nama pula dengan yang di atas sekali tu...

Jika sentuh soal cara pemerintahan; bila Pakatan memerintah Malaysia - adakah rakyat akan jadi semakin berani atau semakin takut?

Ini kerana pemimpin Pakatan mengajar rakyat 'berdemokrasi cara mereka' (itu mereka kata demokrasi); bila rakyat 'berdemokrasi cara mereka' waktu pemerintahan Pakatan nanti - bagaimana agaknya? Cuba baca sekali lagi yang ini: antarapos.com. Secara terang-terangan ugut SPR.

Belum memerintah negara lagi mereka boleh main ugut. Dengan rakyat pula bagaimana? Adakah mereka tidak akan buat pendekatan serupa? Amankah kita nanti?


2 comments:

  1. selagi boleh bodek dan ampu....ampu dan bodeklah puas2 kerajaan UBN yg korup tu...selagi masih menyokong UBN...sampai mampuslah akan diperbodohkan oleh UBN....parti perompak harta rakyat...........

    ReplyDelete
  2. cmni je bahan yg boleh ko paparkan..nilaian ko sendiri???ko sapa?oprah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...